Menang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Kenapa Zara Zya Bingung?

Pelakon Zara Zya mengaku dia tidak menjangka kemenangan pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Melakonkan watak Pia di dalam drama terbitan JS Pictures, Zara meluahkan rasa syukur dengan pengiktirafan atas penghargaan yang diberikan .

“Saya bingung sekejap bila pengacara umumkan nama. Maklumlah, nama yang tercalon semua hebat belaka.

“Saya harus berikan pujian kepada sis Sheila Rusly yang banyak membantu saya mengawal emosi di set penggambaran. Maklum saja, drama ini memerlukan saya bermain dengan emosi yang ‘turun naik’. 

“Apapun saya anggap ini rezeki selepas bertunang. Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang.

Dalam perkembangan lain, Zara kini sibuk di set penggambaran drama Seadanya Aku yang bakal ditayangkan menerusi slot Akasia pada Januari depan.

SGMS Faida