Aafiyah Beri ‘Kod Rahsia’ Di TikTok, Siti Nurhaliza Beri Penjelasan – “Nasib Baik Dia Tak…”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa hantaran di TikTok yang seakan-akan kod rahsia itu sebenarnya dibuat tanpa sengaja oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid.

Memetik artikel Gempak, Siti menyedari bahawa hantaran itu telah dibuat setelah mendapat komen warganet.

“Dia dah besar, dia pun mengikuti juga TikTok sebab selalu tengok saya muat naik hantaran dan sebagainya. Jadi, saya memang bagi juga dia pegang telefon bimbit sekali sekala.

“Bila sedar berkenaan dengan hantaran itu, saya tahu itu mesti kerja Aafiyah tapi nasib baik dia tak upload benda-benda yang tak patut.

“Saya pun ada berpesan pada dia, selepas ini jangan upload yang bukan-bukan. Nasib baik dia hanya type namanya sendiri serta muat naik lagu saya sahaja,” katanya.

Difahamkan, selain membuat hantaran yang seakan-akan koda rahsia, Aafiyah juga turut berkongsi sebuah video dia menggunakan ‘filter’ dan meraih komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

@toktitiktok

♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato' Sri Siti Nurhaliza

Sumber: GempakPenyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa hantaran di TikTok yang seakan-akan kod rahsia itu sebenarnya dibuat tanpa sengaja oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid.

Memetik artikel Gempak, Siti menyedari bahawa hantaran itu telah dibuat setelah mendapat komen warganet.

“Dia dah besar, dia pun mengikuti juga TikTok sebab selalu tengok saya muat naik hantaran dan sebagainya. Jadi, saya memang bagi juga dia pegang telefon bimbit sekali sekala.

“Bila sedar berkenaan dengan hantaran itu, saya tahu itu mesti kerja Aafiyah tapi nasib baik dia tak upload benda-benda yang tak patut.

“Saya pun ada berpesan pada dia, selepas ini jangan upload yang bukan-bukan. Nasib baik dia hanya type namanya sendiri serta muat naik lagu saya sahaja,” katanya.

Difahamkan, selain membuat hantaran yang seakan-akan koda rahsia, Aafiyah juga turut berkongsi sebuah video dia menggunakan ‘filter’ dan meraih komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.

Sumber: Gempak

Izzi Farhana