Suami Heliza Helmi Dedah Isteri Masih Belum Hamil, Minta Peminat Doa Yang Baik Baik

Suami kepada penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi, iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah mendedahkan bahawa isterinya masih lagi belum berbadan dua.

Mahadi tampil memberikan penjelasan tersebut untuk menjawab spekulasi oleh netizen yang menyangka bahawa isterinya sedang hamil.

Memetik artikel Mstar, dia hanya berserah dan berkata bahawa Allah S.W.T sudah mengaturkan yang terbaik dalam perjalanan hidup mereka.

“Belum ada rezeki, Allah susun yang terbaik insyaAllah jadi doakan supaya kami dapat cahaya mata secepat mungkin.

“Memang banyak viral mengatakan bila nampak pakai baju besar sikit Heliza mengandung ke ni?

“Sebenarnya belum lagi, apapun doa yang terbaik insyaAllah,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, ibunya juga sering mengajukan soalan berkenaan dengan zuriat tetapi mereka berdua tidak cepat melatah dan boleh mengawal perasaan serta mengharapkan agar dipermudahkan segalanya urusan mereka berdua.

Sumber: Mstar

Izzi Farhana