Categories: FeaturedTrending

Hasil Semakan PDRM, Akaun IG Muhammad Imran Suresh Disahkan Palsu!

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap akaun Instagram individu yang dikenali sebagai Muhammad Imran Suresh adalah palsu.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menyatakan bahawa individu itu dilhat sengaja mencipta spekulasi dan perspektif negatif terhadap isu yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim baru-baru ini.

Tegasnya, pihak PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain tersebut.

“Kita akan memantau semua akaun-akaun ini dengan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan,” katanya pada media di Bukit Aman pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Artikel Berkaitan: Balutan ‘Mumia’ Telah Dibuka, Kulit Badan Faisal Halim Tunjuk Perkembangan Positif… Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

Artikel Berkaitan: Selangor FC Perketat Keselamatan, Sediakan Pengawal Peribadi Untuk Keluarga Faisal Halim

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Sumber & Foto Kredit: Harian Metro

Atiqah Johari