Categories: SelebritiTrending

Dedah Azri Iskandar Bakal Kahwin Tahun Ini, Ellie Suriaty Percaya Datuk Noora Kay Mampu Bahagiakan Bekas Suami

Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan bahawa bekas suaminya yang juga pelakon Azri Iskandar bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay pada tahun ini.

Memetik laporan mStar, Azri telah membuat persiapan dan telah merisik bertemu dengan keluarga wanita tersebut.

“Mereka sedang buat persiapan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat dan saya mewakili Azri bagi persiapan pihaknya.

“Azri dah jumpa keluarga Nora untuk merisik dan selepas ini terus menikah sahaja, kalau ikut pada perancangan pada tahun ini,” kongsinya.

Malah, Ellie turut memaklumkan bahawa dirinya menjadi orang tengah dan membantu persiapan perkahwinan bekas suaminya itu.

“Kenapa saya jadi orang tengah Azri sebab dia tiada orang lain, Azri dibesarkan oleh nenek tapi nenek dia pun dah meninggal dunia.

“Janji saya pada nenek untuk kekal bersama sampai salah seorang antara kami mati, tapi saya tak dapat tunaikan janji itu sebab jodoh kami tak panjang.

“Tapi saya boleh bantu untuk dia melangsungkan perkahwinan dengan orang lain, jadi saya masih pegang janji pada arwah nenek,” ujarnya kepada Mstar.

Dalam pada itu, pelakon itu juga percaya bahawa wanita tersebut mampu membahagiakan Azri setelah dapat bertemu secara berdepan.

“Saya sendiri minta Datuk Ayu Puteh pertemukan saya dengan Noora dan kami cakap dari hati ke hati. Malam itu kami makan malam sekali dengan anak-anak dan itu satu perjumpaan yang harmoni.

“Memang betul sebelum ini Azri ada ramai teman wanita, tapi apapun dia akan bertanya pada saya, walaupun sudah berpisah kami tetap tanya pendapat antara satu sama lain untuk keharmonian anak-anak.

“Saya pernah cakap pada Azri saya tak setuju dengan pilihan dia sebelum ini, saya ada penilaian saya macam kena okay dengan anak-anak, teman wanita dia sebelum ini semua fake nak terima anak-anak, apa yang penting adalah keikhlasan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Ellie Suriaty & Anak-Anak Gembira – “Suka Tengok Mereka Berdua”

Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Bisnes, Berlakon Saja Sumber Pendapatan Saya” – Azri Iskandar Tak Perlukan Bantuan Walau Tak Ada Job

Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Tepis Dakwaan Berbohong, Anak Jadi Saksi Sudah Jumpa Pengganti Dr Azra -“Apa Yang Saya Nampak Hubungan Kali Ni Lebih Serius” 

Artikel Berkaitan: Hubungan Bersama Dr Azra Mula Renggang Selepas Lebih Setahun Tak Jumpa, Anak-Anak & Bekas Isteri Saran Azri Iskandar Cari Wanita Lain?

Sumber: mStar

Atiqah Johari