Air Mata Ubai MZ Gugur, Shila Amzah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan… Pilih Nama Rhea Akira

Penyanyi Shila Amzah selamat melahirkan bayi kedua pada Khamis.

Berita gembira tersebut dikongsikan suaminya yang juga pempengaruh, Ubai MZ di Instagram (IG) pada malam Khamis.

Tulisnya, Shila atau mesra disapa Sha selamat melahirkan puteri sulung mereka dengan selamat.

Dalam pada itu, Ubai turut merasa sebak dan gugur air mata apabila melihat isteri tercinta bertarung nyawa.

Ubai turut meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila dapat melaungkan azan kepada puteri tercinta yang diberi nama, Rhea Akira.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga.

“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak happy.

“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini.

“Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” tutupnya gembira.

Untuk rekod, Ubai dan Shila melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos 2023.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Haris Idraki namun berpisah pada 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi