Categories: SelebritiTrending

Mahu Fokus Karier & Perbicaraan Perceraian, Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memilih untuk mengunci mulut mengenai permohonan maaf secara terbuka oleh pelakon Ruhainies berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.

Bella sebaliknya memilih untuk memberi fokusnya pada ketika ini untuk perbicaraan di mahkamah termasuk karier seninya.

“Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah.

“Jadi, saya minta doakan yang baik-baik,” katanua ditemui pada majlis hari saya pengeluar motorsikal eletrik, GGR Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini.

Selain itu, disoal mengenai hubungan dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, dia juga enggan mengulas dan memberi sebarang komen.

“Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu,” katanya.

Sebelum ini, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui perkongsian dibuat dalam Instagram Stories (IGS).

Dalam pada itu, Bella menafikan dirinya menerima perintah mahkamah yang menuntutnya untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam.

“Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik,” katanya kepada XTRA.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Atiqah Johari