[VIDEO] Doktor Ini Kongsi Bantuan Awal Jika Terkena Asid

Baru-baru ini kecoh diperkatakan ramai mengenai insiden yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim susulan cedera akibat disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali.

Lebih parah, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey itu dipercayai disimbah asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan melecur tahap empat.

Susulan itu, seorang pakar yang dikenali sebagai Dr Syed Alif Fauzan atau Dr Fauzan berkongsi cara-cara mudah menangani insiden sekiranya disimbah asid di bahagian tubuh.

Menurut Dr Fauzan, melecur tahap empat adalah luka yang paling dalam yang boleh me­rosakkan lapisan kulit sepenuhnya termasuk bahagian otot dan tulang.

Jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantuan awal seperti berikut:

  1. Ambil kain yang bersih dan lap pada bahagian yang terkena asid atau sebarang chemical.
  2. Kemudian, lalukan air di bahagian tersebut dan cuci selama 15 hingga ke 20 minit. Lagi lama lagi bagus.
  3. Jika serbuk penaik atau bahan beralkali seperti sodium bikarbonat boleh diperoleh, ia juga boleh membantu dengan mencampurkannya supaya boleh meneutralkan kesan asid.

Sumber: Dr Fauzan 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi