“Hidup Balik Mangkuk Ni…”- Digelar Geng ‘Secondhand’, Puteri Sarah Minta Bantuan Caprice?

Pelakon Puteri Sarah Liyana sekali lagi dilihat bengang apabila individu tidak bertanggungjawab dan pernah melabel dirinya sebagai ‘geng secondhand’ muncul kembali menerusi platform Twitter (X).

Menerusi ciapan di platform tersebut, Puteri Sarah sempat berkongsi tangkap layar akaun individu terbabit yang kembali aktif selepas dinyahaktifkan sebelum ini sekaligus meminta pertolongan penyanyi rap, Caprice untuk membantunya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini turut menyifatkan, tindakan individu lelaki yang dikenali sebagai @afiqazni itu adalah sebagai contoh orang ‘b*doh’ kerana tampil dengan kenyataan melampau dan menggelarkan dirinya sebagai ‘geng secondhand’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengutuk tindakan individu terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi selain sering mengutuk golongan wanita termasuklah Puteri Sarah.

Terdahulu, selain Puteri Sarah penyanyi sensasi yang juga isteri kepada Aliff Aziz iaitu, Bella Astillah turut terpalit dengan hinaan dan gelaran ‘geng Secondhand’.

Jelasnya, dia sudah banyak kali menerima komen negatif tersebut termasuklah menerusi platform  Instagram dan aplikasi X melibatkan individu sama.

Sususlan kes tersebut, Sarah bagaimanapun telah berjaya mendapatkan beberapa butiran termasuklah lokasi tempat kerja individu terbabit.

Salma Syahbuddin