Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Pelawak Abam Bocey berkongsi berita gembira selepas isterinya selamat bersalin anak lelaki di Hospital Selayang, semalam.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan isteri dan cahaya mata sulungnya itu.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar!

“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak kami. Terima kasih juga kepada jururawat dan doktor hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah,” tulisnya di laman Instagram.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

SGMS Faida