Categories: HiburanTrending

Abang Tesla Bergambar Dengan Baby Shima & Mondy Tattoo, Netizen Komen: ‘”Jadi Yang Ke-3 & Ke-4 Lah Alang-Alang”

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Abang Tesla memuat naik sekeping foto bersama penyanyi dangdut, Baby Shima dan Mondy Tattoo di Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khaliltizam Yusri bergambar dengan Baby Shima yang melukiskan tattoo dimukanya menyerupai individu sensasi itu.

“Cuba teka mana satu Mondy?” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet dilihat kurang senang dengan hantaran Abang Tesla kerana isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai Mondy dan Ebit Lew.

Tidak kurang juga ada yang mengusik Abang Tesla untuk menjadikan Baby Shima dan Mondy sebagai isteri ketiga dan keempat.

Sebelum ini, nama Abang Tesla menjadi bualan hangat apabila dia bertindak berkahwin dua dengan alasan tidak memiliki zuriat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Artikel Berkaitan: “Bodoh Piang Punya Manusia!” – Michael Ang Bengang Dengan ‘Statement’ Abang Tesla

Atiqah Johari