Categories: SelebritiTrending

Minta Nasihat Daripada Sahabat, Engku Emran Kesal Perceraian Ketiga Timbul Pelbagai Fitnah – “Kesian Pada Ayah & Anak Saya”

Umum mengetahui bahawa Engku Emran sah bercerai dengan isterinya iaitu selebriti dan usahawan, Noor Nabila dengan talak satu pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: “Perpisahan Ini Bukan Perjalanan Mudah” – Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

Namun begitu, timbul pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai keruntuhan rumah tangganya yang ketiga ini.

Susulan itu, Engku Emran memuat naik beberapa tangkap layar perbualan dengan dua orang individu yang sering menjadi penasihatnya apabila dilanda masalah menerusi Instagram Storiesnya.

Menerusi perbualan tersebut, Engku Emran mengakui bahawa fitnah yang tersebar di media sosial mengenai perceraiannya yang ketiga ini sangat menguji kesabarannya.

“Cuma itulah fitnah-fitnah yang bertebaran tentang perceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya,” katanya.

Malah, dia menyatakan dia mampu untuk mengendahkan perkara ini namun berasa kesal apabila keluarga dan anaknya terpaksa berdepan dengan fitnah sebegini.

“Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ni. Saya sendiri boleh telan semua tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat mereka pun mungkin terasa malu juga,” tulisnya.

Tambahnya, dia meminta nasihat daripada dua individu itu agar tidak membuat apa-apa tindakan yang dapat merugikan diri sendiri.

Menerusi perbualannya itu, rakan-rakannya itu saling menasihatinya untuk terus bersabar dengan ujian dan memintanya untuk sibukkan diri dengan beribadah.

Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 September 2023 pada jam 12.51 tengahari.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: “Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Artikel Berkaitan: Nama Terpalit Isu Penceraian Ketiga Engku Emran… Erra Fazira Bertegas Tak Pernah Beri Kenyataan, Berharap Henti Sebar Berita Fitnah – “Saya Hormat Privasi Dia Sebagai Bapa Aleesya…”

Atiqah Johari