“Ketika Nak Landing, Dia Bagi Business Card” – Fazeera Nazri Kongsi Detik Perkenalan Dengan Fizo Omar & Kena Terminate Jadi Pramugari

Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi detik perkenalan mereka kira-kira empat tahun lalu.

Fazeera yang juga bekas anak kapal dari syarikat penerbangan Qatar Airways selama setahun lebih itu mula berkenalan dengan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar ketika dalam penerbangan.

“Saya mula kenal dengan Fizo Omar sebelum Covid-19. Dia naik flight ke KL. Kenal ketika dalam kapal, saya tahu itu Fizo Omar.

“Saya tegur dan berborak macam tu saja, ketika nak landing, dia bagi business card dia kepada saya. Ia berlaku pada awal tahun 2020.

“Tapi ketika itu tidak serius sangat, cuma ‘keep in touch’ saja, saya sibuk, tiada masa nak mesej. Selepas saya kena ‘terminate’, baru saya betul-betul ‘keep in touch’. Terus dipinang dan jumpa keluarga,” kongsinya dalam sebuah podcast.

Dalam pada itu, wanita asal Sarawak ini meluahkan rasa syukur apabila ditemukan dengan Fizo selepas perkhidmatannya di Qatar Airways diberhentikan dek kerana virus Covid-19.

“Aturan Tuhan itu dah cantik.

“Kalau tiada Covid, mungkin saya masih lagi berlegar di luar negara.

“Alhamdulillah sekarang dah bekerluarga, anak juga sudah tiga orang,” ujarnya.

Fazeera yang pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat Air Asia selama 3 tahun lebih ini turut berkongsi pengalamannya ketika bekerja di awan biru serta kisah kerjayanya diberhentikan gara-gara virus tersebut.

“Setahun lebih saya berkhidmat di Qatar Airways. Saya dapat pergi melancong, beli tas tangan mewah dan pergi tempat-tempat mewah sendiri, bukan boyfriend yang belanja, I pay on my own.

“Saya tidak pernah ‘resign’, ketika itu Covid-19 jadi mereka perlu ‘terminate’ crew, sebab tak banyak penerbangan. Saya dihantar pulang ke Malaysia hujung tahun kira-kira bulan Oktober sebab Covid-19.

“Ketika itu, ada beberapa sahaja penerbangan, kena pakai PPE sepanjang bekerja. Banyak juga duduk di rumah sahaja. Masa itulah macam ‘depress’ bagi kami semua. Bila dapat tahu kena ‘terminated’, ada hikmah boleh pulang ke rumah.

“Selepas pulang ke Malaysia saya terus sambung ‘study’ dalam ijazah sarjana pendidikan sehingga kini,” kongsi Fazeera.

Untuk info, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas Lebih Sebulan, Fizo Omar & Isteri Kongsi Wajah Anak Kedua…Pilih Nama Wan Umaira

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Diluar Jangkaan Saya Setahun Ada Dua Anak” – Fizo Omar

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Diisytihar Bankrap, Fizo Omar Akui Ada Kesan Kepada Kehidupan – “Dah Masuk 9 Tahun, Belum Lagi Selesai”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Sarat Mengandung Anak Kedua Dalam Masa Setahun, Netizen Beri Pesanan Pada Fizo Omar

Khairil Khusyairi