Ira Mohd Amin Maklum Anak Sulung Disahkan Hidap Leukemia, Mula Jalani Rawatan Kemoterapi – “Luruh Jantung Mama & Baba”

Pengacara, Ira Mohd Amin memaklumkan anak sulungnya, Saif Zairil, 11, disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL).

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ira menceritakan detik awal dia dan suami membawa anak sulungnya itu ke klinik kerana menyedari ada tompokan merah dan lebam di bahagian lengan akibat terlanggar sesuatu.

“Doktor check darah saif takut denggi. hasil blood test, platelet Saif hanya 40 (normal 150 keatas). We rushed to the hospital and he was admitted.

“Blood test di hospital goes down to 26. Doctor diagnosed him with Immune Thrombocytopenic Purpura (ITP) & Saif di beri rawatan Ivig atau intravenous immunoglobulin (1st cycle) dalam masa 12 jam.

“Ivig cycle ends around 12 pm. After another round of blood test, Saif’s body did not respond with the treatment. We’re advise to seek for diagnostic at other hospital. We decided to go to HUKM.

“Saif selamat tiba di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK) and masuk wad hemotologi – onkologi.

“Ambil darah saif & platelet turun sikit & white cell naik sikit. Dr loh jumpa mama baba & told us the abnormal numbers confirms its not ITP, its Leukimia.

“Oh Saif, luruh jantung mama & baba but lega we finally know apa sakit Saif. Depan Saif mama baba cuba positif, tak nak show sad ke apa. Saif dah besar, Saif Faham semua benda.

“So mama baba took our time that day menangis berdua, sama sama digest the news. Yang penting Saif je sekarang ni, nak plan yang terbalk je untuk Saif,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, Ira dan suami memohon doa pada semua agar mendoakan kesihatan anak sulungnya itu yang memulakan rawatan kemoterapi hari ini.

“Today @saif.zairil dah start chemotherapy. Mama Baba minta panjangkan doa untuk kesembuhan Saif.

“Kami mengharapkan sokongan dan doa semua selama kami dalam tempoh ini sehingga Saif sihat seperti sediakala. Doakan kami sekeluarga diberikan kekuatan,” harapnya.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi