Categories: HiburanSelebriti

Bantu Peniaga Tepi Jalan… Beli Semua Baki Kuih & Bagi Duit Belanja, Sikap Prihatin Zara Zya Dikagumi

Pelakon Zara Zya telah berkongsi momen ketika dirinya membantu pemuda yang berniaga di gerai tepi jalan.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Zara menerusi sebuah hantaran video di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Zara memaklumkan dirinya telah membeli semua kuih yang masih berbaki agar peniaga itu cepat pulang ke rumah.

Lebih mencuri perhatian, Zara turut memberikan duit belanja kepada pemuda itu sekali gus membuatkan peniaga tersebut tersenyum gembira.

“Tengah jalan tadi, Zara nampak gerai kuih peneram ni. Hari dah lewat petang, makanan masih banyak lagi. So, saya tapau semua. Cepat lah dia dapat balik hari ni kan? Semua yang dia bungkuskan tu harga RM15 je. Biar betul?

“Zara memang dah niat nak belanja dia. Nampak rajin sangat bekerja. Haa kan dah senyum tu. Okay lepas ni siapa pula ye?,” tulisnya.

Kagum dengan sikap pemurah pelakon itu, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa tersentuh dengan perkongsian tersebut di ruangan komen.

Fatin Nurain