Categories: HiburanSelebriti

Intan Najuwa Tampil Ulas Isu Isteri Cenderung Bersikap Ego Kerana Lebih Bekerjaya & Berpelajaran – “Suami Tetap Suami”

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberikan buah pendapatnya tentang kecenderungan sesetengah isteri bersikap ego kerana lebih bekerjaya dan berpelajaran tinggi berbanding suami.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Intan dalam sebuah sesi temu bual bersama portal Media Hiburan, baru-baru ini.

Umum tahu, selain handal dalam kerjaya lakonan, Intan juga mempunyai pencapaian yang terbaik dalam pendidikan.

Menurut Intan, dia menganggap sikap ego itu terletak pada diri sesetengah individu tanpa mengira lelaki mahupun wanita.

“Actually, benda tu terletak pada individu itu sendiri. Wanita ke lelaki ke tak dia bukan sebab itu. Ego itu individu sendirilah.

“Macam kita sebagai wanita memang kita kena bekerja macam mana pun pekerjaan tu tetap tak boleh ditinggalkan,” katanya.

Meskipun dirinya menyokong kaum wanita untuk bekerja, namun pelakon itu turut berpesan agar para isteri kekal menjaga martabat mereka dengan menghormati dan sering mengutamakan suami.

“Cuma tahu martabat kita sebagai seorang isteri mana yang kita nak utamakan dahulu. Kemudian, kita kena tahu hormat suami.

“Tak kisah you tinggi mana, you banyak duit mana, tapi bagi saya apa yang you kena utamakan dan hormat which is your husband itu bagi saya.

“Saya tak kisahlah you kerja di mana, education level tinggi mana, you punya duit banyak mana, whatever it is suami tetap suami. Syurga di bawah telapak kaki suami,” jelasnya.

Terdahulu, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos lalu.

Sumber: Media Hiburan

Fatin Nurain