Categories: Acara

Jalin Kerjasama Bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), GGR Motor Sasar Jualan Penuh Sebanyak 5000Unit Hujung Disember

Selaras dengan galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), GGR Motor (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong penuh dalam usaha pembangunan industri EV di Malaysia yang bertepatan dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dilancarkan pada Disember 2023.

Gelombang global dalam peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV) bakal menyaksikan pasaran dan industri EV di Malaysia bakal berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Syarikat yang diterajui oleh Pemenang Platinum bagi Anugerah Ikon Usahawan di dalam Bidang Automotif dan Mobiliti, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi dikenali sebagai Dekmat dan Prof Dr Nizar Abdul Jalil ini telah berjaya menjual sebanyak 100 biji motosikal elektrik (EV) dalam tempoh 2 hari.

Rekod jualan ini membuktikan peningkatan permintaan domestik bagi industri EV ini sangat mengagumkan disamping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan yang meliputi cukai import, cukai eksais dan juga jualan penuh bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.

Dalam pada itu, GGR Motor turut menjalinkan kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bagi menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara lansung kepada peminat-peminat mereka.

Malah, satu memorandum persefahaman (MoU) turut dimeterai oleh Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq (Dekmat) dengan Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid pada hari ini.

Antara kelebihan motosikal elektrik (EV) ini termasuklah tiada pencemaran udara dan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, dan menjadikan tunggak utama GGR Motor yang dikenali sebagai Dekmat, malahan komited meletakkan sasaran penuh jualan sebanyak 5000 unit bersamaan dengan nilai jualan sebanyak RM50,000,000.00 sehingga berakhirnya Disember 2024.

Kerjasama ini membolehkan peminat dan bakal pembeli motosikal ini mempunyai akses lebih mudah mendapatkannya menerusi artis-artis pujaan mereka.

Afiq Kandi