Categories: FeaturedTrending

Faisal Halim Mula Berjalan & Aktif, Terus Ceria Jadi ‘Dirinya Kembali’

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan mahu pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan ketiga dan dirawat di sebuh pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu dikongsi oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Malah, beliau juga memaklumkan bahawa Faisal menunjukkan perkembangan positif dan ceria apabila menjadi ‘dirinya kembali’ serta aktif di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dia ‘steady’ dan kata saya nak balik. Itulah semangat dia yang lain sikit sebab dia pun dah mula jalan dalam bilik sebab dia memang seorang yang aktif dan pemain bola sepak.

“Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangnya satu perkembangan yang positif untuk hari ini.

“Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemangat, itu sangat membanggakan. Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakannya agak terbatas dengan balutan di badannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahril akui terkejut apabila tonggak Harimau Malaya itu menunjukkan proses pemulihan segera dan menunjukkan kecekalan serta ketabahannya sepanjang tempoh jalani rawatan.

“Faisal ini istimewa dengan tempoh pemulihannya agak cepat. Kita berdoa semoga dia dapat pulih lebih cepat walaupun kita tahu perkara ini memang makan masa sedikit.

“Dia akan berada kira-kira tujuh hari dalam ICU dan kalau sesuai dan mendapat kebenaran doktor, kita akan pindahkannya ke Unit Dependensi Tinggi (HDU) dalam seminggu dua lagi.

“Harapan saya adalah dia dapat pulang masa Hari Raya Haji nanti,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Artikel Berkaitan: Balutan ‘Mumia’ Telah Dibuka, Kulit Badan Faisal Halim Tunjuk Perkembangan Positif… Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Artikel Berkaitan: Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari