Categories: HiburanSelebriti

#ABPBH32: Aishah Terpinga Terima Berita

“Saya terpinga bila dapat tahu nama tercalon dalam top 5 tahun ini,” kata penyanyi Aishah yang mengaku terkejut namanya tersenarai dalam pencalonan Penyanyi Wanita Popular DuitNow.

Kata Aishah ketika ditemui Xtra di sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke 32 memberitahu dia tidak percaya dengan panggilan diterima pada awalnya.

“Saya tanya pihak yang telefon saya ‘awak biar betul dik? Jangan main-main nanti saya saman lain pula jadinya,” katanya sambil ketawa.

Akui pelantun lagu Janji Manismu, dia menyifatkan pencalonan ini sebagai rezeki untuk mengembangkan lagi kerjaya seni.

“Majoriti peminat saya terdiri dari golongan dewasa yang mungkin tidak banyak mengundi kerana ia menggunakan teknologi terkini.

“Tetapi ada kemungkinan peminat generasi terbaharu akan mengundi dan memberi sokongan.

“Bagi saya, menang atau kalah, saya anggap diri sudah menang apabila berjaya membolos diri di dalam senarai pencalonan akhir,” katanya yang berterima kasih dengan pihak peminat.

Aishah merupakan salah seorang calon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama dengan Wany Hasrita, Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

SGMS Fas