Categories: HiburanSelebriti

Pertama Kali Berlakon Filem Seram…Ini Reaksi Titi Kamal

Pelakon Titi Kamal mengaku pada awalnya mahu menolak tawaran untuk berlakon dalam filem seram berjudul Makmum.

Kata Titi, dia mengaku dirinya seorang penakut dan tidak mahu membayangkan jika dia benar akan berdepan dengan gangguan mistik ketika penggambaran.

“Pada awalnya saya tidak mahu, takut ternampak hantu kerana ini kan filem seram.

“Tetapi selepas beberapa tempoh berfikir, saya memutuskan untuk menerimanya dan anggap tanggungjawab ini sebagai cabaran sebagai pelakon,” katanya.

Membawa watak individu yan menguruskan jenazah bernama Rini, Titi memberitahu ini juga merupakan lakonan pertama dalam filem seram.

Filem Makmum diadaptasi dari filem pendek arahan Riza Pahlevi mula ditayangkan pada 15 Ogos di seluruh Indonesia.

Selain Titi, antara pelakon yang turut membintangi Makmum adalah Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello dan Adila Fitri.

SGMS Faida