Ada Apa Dengan The Weeknd Dan Selena Gomez?

Baru-baru ini kecoh dimedia sosial apabila penyanyi terkenal Hollywood, The Weeknd  menjadikan bekas kekasihnya, iaitu Selena Gomez sebagai inspirasi kepada lagu terbaharunya yang berjudul “Like Selena”. Betul ke?

 

Sumber: www.cosmopolitan.uk.com.my

Menurut laporan Hollywood Life, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye ini dikatakan telah pun mendaftarkan lagu tersebut ke Persatuan Amerika Komposer, Penulis & Penerbit pada 26 November  yang lalu. 

Ramai peminat yang beranggapan lagu tersebut ditujukan kepada bekas kekasihnya. Malah, ada yang meluahkan rasa teruja menerusi laman Twitter sejurus berita itu tersebar!

 

Sumber: www.twitter.com.my

Terdahulu, penyanyi kelahiran Kanada ini pernah menjalinkan hubungan dengan Selena Gomez selama 10 bulan  pada tahun 2017.

Syafiqa Irdina