Selepas 5 Tahun, Kini Kim Tae Hee Buat COMEBACK!

Get ready guys! Sebab siaran drama Korea Selatan tvN akan menyiarkan drama terbaru yang menampilkan aktres paling cantik Korea Selatan, Kim Tae Hee sebagai watak utama!

Berjudul “Hi Bye, Mama!”, tvN juga mengesahkan aktor kacak Lee Kyu Hyung bakal bergandingan bersama Tae Hee untuk membintangi drama bersiri seram ini. 

 

Sumber: www.soompi.com.my

 

“Hi Bye, Mama!” akan menjadi projek comeback Kim Tae Hee setelah 5 tahun! Kali terakhir isteri kepada penyanyi Rain, dilihat di kaca televisyen adalah menerusi drama “Yong Pal” pada tahun 2015 yang lalu.

Mengisahkan tentang kisah seorang ibu yang meninggal dalam kecelakaan tragis, “Hi Bye, Mama!” juga akan merungkai kehidupan roh seorang wanita yang baru meninggal dunia dan diberi peluang hidup semula selama 49 hari untuk menebus segala apa yang tak tertunainya selama ini. Melalui drama ini, Kim Tae Hee akan memegang watak sebagai mendiang Cha Yu Ri.

Bakal bersiaran pada awal Januari 2020, “Hi Bye, Mama!” bakal menemui peminat K-drama pada setiap hari Sabtu di channel tvN sejurus selepas drama tvN “Crash Landing of Love” tamat ditayangkan.

So, K-drama fans, stay tuned!

Syafiqa Irdina