“Ada Kereta Hon, Brek Tak Fungsi” – Tak Sedar Api Menyala Dari Bahagian Bawah Kereta, Roy Azman Kongsi Kejadian Berdepan Detik Cemas

Pelakon, Roy Azman menceritakan kejadian sebenar yang terjadi setelah kereta dipandunya terbakar ketike dia, isteri dan anak bongsu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam.

Menerusi sebuah video di Instagram miliknya, Roy atau nama lengkapnya Zaurosminan Abdul Rahman berkata ada pengguna jalan raya memberi isyarat hon sebagai tanda amaran keretanya sedang terbakar.

“Sebenarnya kereta tu saya hantar overhaual di Ampang. Selepas ambil kereta saya pergi makan dan balik daripada itu dalam pukul 11 malam lebih kurang ada kereta hon saya memaklumkan kereta dah terbakar.

“Tapi saya tak nampak ada api menyala di bahagian bawah kenderaan tu dan saya nak berhenti tepi brek pula tidak berfungsi.

“Nasib baik handbrake masih working, kereta tersasar sikit tapi dapat berhenti dan nasib baik tak terlanggar divider.

“Kalau terlanggar tu memang saya tak tahu nak cakap apa. Masa berhenti tu pun terus merebak api besar, menggelupur keluar kereta ambil isteri.

“Alhamdulillah, dapat keluarkan anak bongsu kami dan terus lari selamatkan diri. Syukur sangat-sangat Allah selamatkan daripada kejadian yang tak diingini.

“Terima kasih yang whatsApp, prihatin dengan saya. Banyak sangat call dan mesej terima. Anda semua memang sweet,” katanya.

Sebelum ini, Roy berkongsi berhadapan detik cemas dan video keadaan keretanya terbakar di Instagram.

Artikel Berkaitan: Kereta Roy Azman Rentung, Syukur Sempat Lari Keluar Bersama Isteri & Anak Bongsu Sebelum Terbakar

Aqilah Paharuzi