Categories: HiburanTrending

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Wajah pelakon dan usahawan Zoey Rahman sentiasa menjadi tumpuan warganet apabila kelihatan semakin muda daripada usianya dan mengakui melakukan perubahan muka bagi berkeyakinan.

Memetik laporan mStar, Zoey juga tidak terlepas daripada dikritik warganet namun dia enggan ambil kisah kerana dia lakukan perkara tersebut untuk kepuasan dirinya.

Malah, dia juga memaklumkan membuat perubahan di wajah kerana memiliki perniagaan produk kecantikan dan mahu meyakinkan pelanggan.

“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay.

“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu.

“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga saya terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa,” jelasnya kepada mStar.

Artikel Berkaitan: “Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri” – Zoey Rahman Dah Lali Dengan Tuduhan Bedah Muka

Artikel Berkaitan: “Sekarang Dah 37 Tahun, Memang Ada Perubahan” – Zoey Rahman Nafi Buat Muka

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Wajah Makin Pelik & Senget, Ini Jawapan ‘Win’ Zoey Rahman

Sumber: mStar

Atiqah Johari