Bapa Didakwa Bergantung Sumbangan Orang, Ini Penjelasan Anak Jalil Hamid – “Ayah Guna Simpanan Untuk…”

Anak pelakon veteran Jalil Hamid, Harith Jalil menafikan berita mengenai bapanya yang dikatakan ‘bergantung’ kepada sumbangan orang ramai.

Jelas Harith, bapanya tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak, sebaliknya menggunakan wang simpanan miliknya untuk menjalani pembedahan jantung bengkak, baru-baru ini.

“Satu sen pun bapa saya tak terima duit bantuan orang ramai. Ayah guna simpanan selama ini untuk pembedahannya dan kami anak-beranak keluarkan duit kami yang tak seberapa untuk bantu,” tulisnya.

Tambah Harith, bapanya turut melarang anak-anaknya untuk membuat tabung sumbangan orang ramai bagi membiayai pembedahan tersebut.

“Ayah siap halang kami untuk buka tabung dan minta bantuan awam,” jelasnya.

Sebelum ini, Jalil memaklumkan dia kehilangan sebanyak 30 kilogram (kg) berat badan dan akibat mengalami masalah kesihatan jantung serta hilang selera makan sejak setahun lalu.

Malah, Jalil juga berkata dia sudah tiga tahun tidak menerima tawaran berlakon akibat masalah kesihatannya itu.

Artikel Berkaitan: Masalah Kesihatan Beransur Pulih, Jalil Hamid Reda Tiada Job – “Dalam Dua Hingga Tiga Tahun Ini Memang Tiada Pendapatan”

Foto kredit: Kosmo

Aqilah Paharuzi