[VIDEO] Sebaknya… Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Ayden – “Bila Besar, I’m Gonna Take Care Of You And Adik”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan sempena Hari Ibu daripada anak lelakinya,  Ayden Adrean, 7.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bella dikejutkan dengan ucapan dan nyanyian sempena Hari Ibu oleh Ayden.

“Ayden promise dengan Mummy yang Ayden tak akan buat Mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, I’m gonna take care of you and adik.

“Mummy jangan work sampai penat tau nanti Mummy sakit, okay Mummy this song for you… Ibu, Ibu..Engkaulah Ratu Hatiku.

“Mummy is the best mom in the world, Happy Mother’s Day Mummy, I love you so much,” ucap Ayden.

Terharu dengan kejutan tersebut, pelakon drama Leha, Leya & Lawa itu mengalirkan air mata dan menyifatkan ucapan tersebut adalah yang terbaik baginya.

Bella juga menyifatkan Ayden adalah anugerah Allah yang tak ternilai dalam hidupnya.

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga dengan aktor kontroversi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi