Categories: SelebritiTrending

Didakwa Telah Bercerai, Hisyam Hamid Belum Sedia Beri Kenyataan – “Perlu Jaga Hati & Perasaan Anak-Anak”

Pelakon Hisyam Hamid menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk memberi kenyataan mengenai dakwaan dia telah bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi seperti yang dihebohkan sejak setahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hisyam memaklumkan bahawa dia perlu menjaga hati anak-anak dan beberapa faktor yang lain.

“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.

“Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya kerana banyak faktor penting yang perlu diambil kira terutama untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak,” jelasnya.

Namun begitu, Hisyam menyatakan bahawa Rosmawati atau mesra disapa sebagai Mel masih menjadi pengurusnya.

“Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama My Lovely Driver ini akui tidak terkejut dengan dakwaan ini kerana telah setahun berlarutan mengenainya.

“Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan.

“Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan (rumah tangga) kami.

“Siapa yang faham, fahamlah. Saya juga sangat berterima kasih dengan rakan wartawan yang menghormati dan memahami dalam hal ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Hisyam dan Mel berkahwin pada 2006.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki dua orang anak.

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Lagi Suami Orang!” – Hisyam Hamid Nafi Bercerai, Tidak Mahu ‘Algorithm’ Sosial Media Turun Kongsi Hal Peribadi

Artikel Berkaitan: Hisyam Hamid Tenang ‘LDR’ Dengan Isteri & Keluarga Demi Kerjaya, Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bermasalah

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari