Categories: Trending

Usia Kandungan Cecah 6 Bulan, Justin Bieber & Hailey Bieber Umum Bakal Timang Anak Pertama!

Pasangan selebriti antarabangsa Justin Bieber dan Hailey Bieber mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Hailey selepas memuat naik video dan beberapa foto mesra bersama penyanyi popular itu sambil menayang ‘baby bump’.

Menerusi laporan The Associated Press, jurucakap kepada Hailey mengesahkan usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.

Malah, Hailey dan Justin telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka dalam sebuah majlis yang diadakan di Hawaii.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah kepada pasangan popular itu.

Terdahulu, Justin dan Hailey telah berkahwin pada tahun 2018.

 

Fatin Nurain