“Mungkin Lepas Ni Saya Hidup Single”- Datuk Red Anggap Tiada Harapan, Reda Jika Bercerai Dengan Isteri Pertama

Bekas suami kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu akur jika rumah tangganya bersama isteri pertama menerima nasib sama seperti perkahwinan keduanya.

“Mungkin lepasni saya akan hidup single. Jika dilihat memang sudah tidak ada harapan.

“Selepas ini saya perlu fokus terhadap anak-anak. Apa pun, kehidupan perlu diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red mengaku, hubungannya bersama Adira kekal baik walaupun mereka kini sudah berpisah.

Sekadar info, perbicaraan kes perceraian antara Datuk Red dan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dijadualkan pada 14 Mei ini yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor.

Terdahulu, pada 24 April 2024, Datuk Red dan Adira sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:”Bagi Saya Peluang Untuk Berdiri Balik” – Datuk Red Mohon Dua Isteri Tarik Semula Tuntutan Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:“Takut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin