[VIDEO] Nyanyi Lagu Negaraku Pakai Baju Kelawar, Kasih Iris Leona Umum Balik Malaysia… Tapi Lain Pula Netizen ‘Skodeng’

Pempengaruh sensasi, Kasih Iris Leona mencuri perhatian ramai apabila video miliknya kembali tular di platform TikTok sejak kelmarin.

Menerusi muat naik yang dikongsikan oleh akaun @leonathe2nd, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman itu memaklumkan dia kini sedang berada di Malaysia.

Teruja mengumumkan perkara berkenaan kepada pengikutnya, Leona yang memakai baju kelawar berwarna merah jambu itu sempat menyanyikan lagu Negaraku di hadapan rumahnya.

“Kau orang cuba teka siapa sudah balik… SAYA!

“Saya sudah balik ke tanah air saya,” katanya.

Terhibur melihat gelagatnya yang selamba dan semakin kelakar, rata-rata warganet berseloroh apabila mengatakan mereka terpaksa berdiri disebabkan mendengar nyanyian lagu Negaraku dari Leona.

Tidak habis disitu, terdapat juga segelintir dalam kalangan warganet yang seakan melihat ‘sesuatu’ apabila Leona didakwa tidak memakai baju dalam sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

Sebelum ini, Leona pernah terpalit dengan isu sama apabila dia memuat naik foto dengan memakai pakaian yang mencolok mata.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi lebih satu minit itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen di platform tersebut.

Salma Syahbuddin