“Netizen Mana Yang B*ngap Ni”- Abby Abadi Didakwa Putar Belit Cerita, Ajak Individu Sebar Fitnah Bersemuka

‘Putar belit apa pula ni? Mari sini sembang kalau berani’.

Demikian respons pelakon dan penyanyi, Abby Abadi apabila ada individu menggelarnya sebagai memutar belit fakta berkenaan kes kontroversi anaknya, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Aslam.

Berkongsi tangkap layar sebuah portal di Instagram Story miliknya yang tertulis “Abby Abadi Putar Belit Fakta, Nak Aslam Sepenuhnya Untuk Marissa”, pelakon Gerak Khas itu bagaimanapun tampil mempersoalkan tindakan individu terbabit dan menggelarnya sebagai ‘bengap’.

“Apa benda pula ni? Netizen mana yang bengap sangat ni?,” tulisnya.

Meskipun sudah menjelaskan mengenai status hubungan anaknya dan Aslam sebelum ini, Abby bagaimanapun kelihatan tidak berpuas hati dan mengajak individu berkenaan berjumpa secara bersemuka.

“Putar beli apa? Mari sini sembang kalau berani.

“Siapa-siapa tahu siapa yang komen macam ni, bagitahu saya ya. Saya nak berkenalan,” jelasnya.

Terdahulu, Abby pernah menyelar tindakan individu ‘bitter’ yang menyifatkan kenyataannya sebelum ini sebagai sampah dan tidak sedar diri.

Justeru, dia meminta agar individu tersebut tidak lagi mengikutinya di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:”Baik Diam Je Dari Tambah Dosa” – Dilabel Tak Sedar Diri, Abby Abadi Mohon Individu ‘Bitter’ Unfollow IG

ARTIKEL BERKAITAN: “Aslam Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes Sara Keluarga” – Abby Abadi Harap Anak Diberi Peluang Hidup Bahagia Bersama Suami & Madu

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak Patut Hanya Marissa Sahaja Dipersalahkan” – Abby Abadi Mohon Doa Yang Baik-Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Ralat & Tak Percaya Anak Pilih Jadi Isteri Kedua… Abby Abadi Reda Terima Ujian

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

 

Salma Syahbuddin