Categories: Trending

Menariknya! Selitkan Bahasa Melayu Dalam Lagu Arab… Lagu ‘La’ Versi Nuha Bahrin & Ezra Kairo Raih Perhatian

Penyanyi Nuha Bahrin dan Ezra Kairo tampil membuat cover lagu bahasa Arab berjudul ‘La’ nyanyian asal Dystinct sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Sebelum ini, lagu ‘La’ yang bermaksud Jangan itu tular dan digunakan untuk pelbagai trend di TikTok.

Lebih menarik lagi, Nuha dan Ezra turut menukar sebahagian lirik lagu tersebut ke dalam bahasa Melayu sekali gus membuatkan lagu itu lebih sedap didengar.

Kagum dengan kelainan yang ditampilkan menerusi lagu itu, rata-rata warganet memuji nyanyian Nuha dan Ezra menerusi ruangan komen.

@ezrakairo La by @DYSTINCT with @Nuha Bahrin ♬ original sound – Ezra Kairo

Sekadar info, Nuha sebelum ini pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanah air menerusi lagunya yang berjudul, Casablanca nyanyian bersama Naufal Azrin.

Manakala, Ezra merupakan penyanyi baharu yang bernaung di bawah syarikat EMI dan mempunyai beberapa single yang berjudul, Benar, Anak Helang dan Kinrara.

Selain itu, Ezra juga kerap menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu yang sering mencuri perhatian pendengar di TikTok.Penyanyi Nuha Bahrin dan Ezra Kairo tampil membuat cover lagu bahasa Arab berjudul ‘La’ nyanyian asal Dystinct sekali gus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Sebelum ini, lagu ‘La’ yang bermaksud Jangan itu tular dan digunakan untuk pelbagai trend di TikTok.

Lebih menarik lagi, Nuha dan Ezra turut menukar sebahagian lirik lagu tersebut ke dalam bahasa Melayu sekali gus membuatkan lagu itu lebih sedap didengar.

Kagum dengan kelainan yang ditampilkan menerusi lagu itu, rata-rata warganet memuji nyanyian Nuha dan Ezra menerusi ruangan komen.

Sekadar info, Nuha sebelum ini pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanah air menerusi lagunya yang berjudul, Casablanca nyanyian bersama Naufal Azrin.

Manakala, Ezra merupakan penyanyi baharu yang bernaung di bawah syarikat EMI dan mempunyai beberapa single yang berjudul, Benar, Anak Helang dan Kinrara.

Selain itu, Ezra juga kerap menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu yang sering mencuri perhatian pendengar di TikTok.

Fatin Nurain