Selebriti By: Atiqah Johari May 10, 2024 @ 12:46pm

Didakwa Telah Bercerai, Hisyam Hamid Belum Sedia Beri Kenyataan – “Perlu Jaga Hati & Perasaan Anak-Anak”

Pelakon Hisyam Hamid menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk memberi kenyataan mengenai dakwaan dia telah bercerai dengan isterinya, Rosmawati Hanafi seperti yang dihebohkan sejak setahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hisyam memaklumkan bahawa dia perlu menjaga hati anak-anak dan beberapa faktor yang lain.

“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.

“Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya kerana banyak faktor penting yang perlu diambil kira terutama untuk menjaga hati dan perasaan anak-anak,” jelasnya.

Namun begitu, Hisyam menyatakan bahawa Rosmawati atau mesra disapa sebagai Mel masih menjadi pengurusnya.

“Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama My Lovely Driver ini akui tidak terkejut dengan dakwaan ini kerana telah setahun berlarutan mengenainya.

“Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan.

“Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan (rumah tangga) kami.

“Siapa yang faham, fahamlah. Saya juga sangat berterima kasih dengan rakan wartawan yang menghormati dan memahami dalam hal ini,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Hisyam dan Mel berkahwin pada 2006.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka memiliki dua orang anak.

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Lagi Suami Orang!” – Hisyam Hamid Nafi Bercerai, Tidak Mahu ‘Algorithm’ Sosial Media Turun Kongsi Hal Peribadi

Artikel Berkaitan: Hisyam Hamid Tenang ‘LDR’ Dengan Isteri & Keluarga Demi Kerjaya, Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bermasalah

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati. @kittymeow656 Assalamualaikum.. #dakwah #islam #ustazahasmaharun #sahabat #allah #subhanallah #alhamdulillah #foryou #sahabatsejati #fyp ♬ original sound – Lina 442 […]

Featured Thu, 1 Apr 2021

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagi […]

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Walau ‘diperam’ sejak 2006, ternyata berbaloi juga akhirnya. Tahniah Dukun!

Drama Thu, 30 May 2024
Featured Mon, 20 Feb 2023