Individu Persoal Suami Sering Berpeluh, Intan Najuwa Jawab Siap Sindir Soalan Macam Tak Pergi Sekolah!

Pelakon Datin Intan Najuwa menyambut ulang tahun suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di TikTok, Intan dan rakan-rakannya membuat kejutan buat suaminya itu di sebuah restoran.

“Husband birthday brunch!,” tulisnya.

Antara rakan-rakan yang hadir ialah pelakon Idris Khan, pempengaruh Azfar Heri dan Puteri Zarith.

@intannajuwaaaHusband birthday brunch! 💘

♬ dilemma – ☆

Meninjau di ruangan komen, ada individu yang mempersoalkan suaminya dilihat sering berpeluh.

“Apasal laki dia selalu berpeluh,” kata individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Intan membalas dengan memberitahu suaminya sejenis cepat berpeluh malah turut menyindir individu tersebut.

“Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada je orang jenis cepat berpeluh. Especially bila panas.

“Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah penat nak jawab,” jelasnya.

Maya Basir