Usahawan Dakwa Suami Suka Tengok & Follow Perempuan Seksi Di IG, Sabar Hadapi Walau Sedang Hamil – “Bini Kau Simpan Kat Rumah Buat Apa?”

Tular di media sosial kini apabila seorang usahawan tempatan terkenal yang mendakwa suaminya yang juga usahawan sering mengikuti wanita-wanita seksi di Instagram (IG).

Menerusi luahan di Instastories, usahawan wanita itu mendedahkan dia juga tidak mengikuti akaun IG suaminya selama empat tahun gara-gara perbuatan suaminya itu.

Tindakan dia berbuat demikian adalah bagi menjaga hatinya biarpun ada kalanya ‘tertengok’ juga akaun IG suaminya.

“Benda ni dah lama dah. Sebab tu dah 4 tahun aku tak follow laki aku sendiri. Sebab nak jaga hati sendiri. Tapi tu lah kadang tertengok juga walau tak follow. Dah memang suami kan!

“Lama sangat dah benda ni. Memang boleh perasan pun dia main IG untuk apa. Malam-malam bini dan anak-anak dah tidur pun dia akan main telefon, aku pun tak tahu scroll apa.

“Dah kalau following macam tu, scroll pun memang keluar benda-benda tu je lah,” dakwanya.

Tulis ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia turut mendakwa suaminya itu tidak berubah dan terkesan biarpun sering ditegur.

Malah, mereka juga dikatakan pernah bertelingkah dan kali terakhir terjadi sewaktu mereka mengerjakan ibadah Umrah.

Di akhir luahan tersebut, usahawan wanita yang kini sedang berbadan dua itu turut memohon maaf kerana emosi.

“Perempuan selagi dia kuat dia boleh sabar. Jangan sampai aku jadi macam Ria Ricis. Tak ada beza pun kes aku dengan dia. Bezanya cuma dia tak mengandung, aku termengandung.

“Kali terkahir gaduh fasal benda ni masa waktu umrah haritu. Tapi tak ada effort berubah, tak ada action, sama saja sampai sekarang.

“Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain seksi? Untuk apa sebenarnya ya? Hahah! Pastu bini ni kau simpan kat rumah buat apa?

“Maaf sebab bini tengah mengandung jadi aku memang saiko,” tutupnya.

Luahan itu dibuat apabila ada individu menghantar mesej langsung (DM) kepada usahawan tersebut mengenai suaminya yang didakwa adalah seorang ‘scammer’.

Individu berkenaan turut mendakwa suami usahawan tersebut telah banyak menipu ramai orang terutamanya di Facebook.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi