Trend Busana Pengantin Perempuan Islam Seksi & Mencolok Mata, Ini Kata Mufti

Trend pengantin perempuan yang beragama Islam memakai pakaian yang mencolok mata di hari bahagia adalah bercanggah dengan garis panduan berpakaian di dalam Islam.

Menurut laporan Sinar Harian, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

“Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam. Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak ialah di antara pusat dan lutut.

“Sementara bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim menambah, bagi wanita beragama Islam, mereka hanya diwajibkan menutup di antara pusat dan lututnya sahaja sekiranya berada dalam kalangan sesama wanita.

“Bagaimanapun, pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

“Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa juga fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang selebriti wanita mendapat perhatian ramai apabila mengenakan busana yang agak seksi dan kebaratan di majlis pernikahannya baru-baru ini.

Malah, selebriti tersebut turut menerima kritikan daripada kalangan warganet apabila mengenakan busana hasil rekaan pereka fesyen antarabangsa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaram Busana Pereka Fesyen Terkemuka Di Hari Bahagia, Afifah Nasir Dipuji Persis Puteri… Namun Ada Juga Yang Kritik

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi