Pemain Bola Sepak Kini Jadi ‘Target’?  Safee Sali Cadang Upah pengawal Peribadi

Susulan insiden yang menimpa rakan bola sepaknya, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mengaku bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Katanya, insiden yang berlaku membuatkan dia mengambil langkah berjaga-jaga selain mahu mengupah pengawal peribadi.

“Sebagai seorang bekas pemain saya mengaku berasa terkesan.

“Saya juga mengambil langkah berhati-hati selepas ini termasuklah tidak akan berjalan seorang selepas ini dan saya juga kena ambil pengawal keselamatan atau saya perlu memikirkan demi keselamatan saya.

“Whatever happend, saya akan pastikan saya akan balik kepada keluarga saya dengan selamat,” ulasnya.

 

 

Safee berkata demikian ketika ditemu bual oleh pemberita susulan kes simbah asid, pukul dan pecah cermin kereta membabitkan dua individu tidak dikenali.

Terdahulu, pada 3 Mei, pasukan bola sepak kebangsaan dikejutkan dengan insiden yang menimpa pemainnya iaitu, Akhyar Rashid, 25, apabila disamun dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan dikepalanya.

Manakala, pada 6 Mei lalu, tonggak Harimau Malaya iaitu, Faisal Halim turut mengalami nasib serupa apabila menjadi mangsa curahan asid oleh dua individu ketika berada di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dan, insiden tersebut berlarutan apabila pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim pula didatangi oleh dua individu menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan tukul besi ketika dalam perjalanan pulang selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam pada Selasa.

 

Sumber: Awani

Salma Syahbuddin