Bintang Pop Yeh Yeh, A Halim Meninggal Dunia

Industri hiburan tanah air sekali menerima khabar duka apabila penyanyi popular irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar, Pasri Gudang pada jam 10.30 pagi tadi.

Berita duka tersebut disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan di Instagram (IG).

A Halim dimasukkan ke hospital pada 7 petang Rabu selepas mengadu mengalami sesak nafas.

Difahamkan, Allahyarham A Halim yang berusia 77 tahun mengalami lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata industri hiburan tanah air yang menyinar sekitar tahun 60an allahyarham Abdul Halim Bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A Halim telah kembali kerahmatullah.

“Seniman amat berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi namun kita redho atas kehendak ilahi,” tulis dalam sebuah kenyataan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, A.Halim turut bernyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran antaranya adalah Kumpulan De’ Fictions, Kumpulan The Wanderers dan Kumpulan The Wisma.

Beliau turut merakam beberapa buah album antaranya adalah Ablum Hitam Manis, Album Ep Gadis Buta, Album Salam Mesra Dari A.Halim dan banyak lagi.

Antara lagu dendangan beliau adalah Doa Dan Harapan, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Kisah Dan Tauladan, Ku Tetap Kasih, Cenderawasih, Budi Pekerti dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi