Categories: Trending

Untungnya! Afifah Nasir Dijemput Tengok Konsert Judika Di Singapura Sebagai Hadiah Kahwin

Pelakon jelita Afifah Nasir meluahkan rasa teruja selepas menerima jemputan khas daripada pihak pengurusan penyanyi Indonesia, Judika ke konsertnya di Singapura, 8 Jun ini.

Difahamkan, undangan tersebut merupakan hadiah perkahwinannya bersama suaminya, Syed Hariz susulan penyanyi itu tidak dapat hadir membuat persembahan di majlis perkahwinannya, baru-baru ini.

Sebelum ini, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir berkongsi segala impian perkahwinannya tercapai namun hajatnya untuk melihat Judika membuat persembahan tidak kesampaian kerana penyanyi itu mempunyai urusan lain.

Untuk info, Afifah dan Hariz telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 dengan mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai.

Artikel Berkaitan: Terima Mas Kahwin RM3,000… Afifah Nasir Sah Bergelar Isteri Kepada Syed Hariz

Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Tunjuk Bukti, Segala Permintaan Untuk Majlis Perkahwinan Mudah Kecuali Undang Judika Menyanyi – “Dia Tak Dapat Datang Sebab…”

Artikel Berkaitan: Melaram Busana Pereka Fesyen Terkemuka Di Hari Bahagia, Afifah Nasir Dipuji Persis Puteri… Namun Ada Juga Yang Kritik

Fatin Nurain