Adi Putra Anggap Isu Poligami Adalah Pilihan Sendiri, Bukan Perkara Besar – “Ia Wujud Dari Zaman Rasulullah Sendiri”

Dianggap sebagai perkara sensitif dalam kalangan masyarakat mahupun selebriti, isu poligami kembali menjadi bualan hangat warganet.

Bagi aktor popular, Datuk Adi Putra, dia berpendapat poligami itu adalah pilihan dan menghormati setiap keputusan yang dibuat seseorang.

“Sebenarnya itu adalah hak masing-masing, mahupun lelaki ataupun perempuan kerana manusia tidak sempurna.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya cuma menghormati saja kerana pilihan itu adalah pilihan mereka.

“Walaupun ada yang dikritik, ada yang ditohmah tetapi ia akan tetap yang pasti, yang jelas dan berbalik kepada pilihan diri sendiri.

“Poligami bukanlah isu yang muncul sekarang, ia wujud daripada zaman Baginda Rasulullah sendiri. Jadi itu bukan satu topik yang panas bagi saya kini,” ulasnya.

Tambah teraju utama filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini, dia berpendapat isu poligami kini bukanlah isu yang besar sebaliknya ada isu lain yang perlu diberi perhatian.

“Kita tahu diri kita tidak sempurna dan sentiasa banyak persoalan. Jadi andai kata Allah membisik ke telinga kita, kita akan menghindar daripada perbuatan yang kita nak lakukan.

“Kita sedia maklum banyak yang menyebut tentang akhir zaman, kita sepatutnya bersedia untuk melalui hidup kita sendiri yang sudah tertulis.

“Kita asyik leka dengan sifulan-sifulan, sehingga kita lupa untuk melihat diri kita tentang apa yang dah ditulis Allah.

“Sekiranya perkara itu adalah sebuah konten untuk poligami, saya rasa ada perkara yang lagi besar seperti apa yang berlaku di Gaza,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Adi Putra Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Istimewa Adi Putra Undang Hiba, Kongsi Alami Masalah Pendengaran Sejak Usia 6 Bulan – “Ini Satu Amanah Allah’

Khairil Khusyairi