[VIDEO] Adegan Romantik Fasha Sandha Bersama Wan Raja Dikritik, Netizen Kata ‘Segan Tengok’

Aktres popular, Fasha Sandha sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah rakaman video ketika menjayakan penggambaran sebuah drama bersama pelakon, Wan Raja.

Namun apa yang membuat ramai tergamam adalah video disebalik tabir berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan aksi-aksi yang cukup romantik antara Fasha dan Wan Raja.

Antara aksi yang dipaparkan adalah adegan romantik apabila Fasha dipeluk dan didukung oleh Wan Raja.

“Nothing lasts forever. All we can do is make the best of the time we have,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.

Ternyata, perkongsian yang dibuat ibu kepada tiga cahaya mata itu mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pengikut dan netizen sendiri.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi-aksi romantik yang dilakonkan Fasha bersama Wan Raja itu.

Malah, ada juga berpendapat adalah tidak sesuai untuk melakonkan babak sebegitu kerana kedua-kedua pelakon hebat itu sudah berumah tangga.

“Suami orang, bini orang,” komen seorang netizen.

“Boleh ke Fasha macam tu, tak rasa bersalah ke badan bagi lelaki bukan muhrim pegang, tak dayus ke suami awak…Allahuakbar,” soal netizen.

“Suami yang dayus saja membenarkan isteri diperlakukan begitu,” kritik netizen lain.

“Suami tak jeles ke? Kita pula segan tengok,” tulis netizen.

Terdahulu, hangat dibualkan apabila Fasha Sandha dan suaminya iaitu Aidil Aziz berkongsi sebuah video mesra di dalam kolam sehingga mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Menurut Fasha, dia berbuat demikan atas tuntutan kerja dan komitmen malah berterima kasih kepada yang memuji serta mengeji.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hanya Menjalankan Tugas & Komitmen” – Fasha Sandha Tampil Respons Video Mesra Dalam Kolam Bersama Suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Terjumpa & Terserempak, Okay Alhamdulillah” – Nora Danish Dah Lama Baik Dengan Fasha Sandha

ARTIKEL BERKAITAN: Followers Instagram Naik 25,000! Video Mesra Dalam Kolam Kena Kecam, Fasha Sandha Hanya Mahu Tunjuk Kebahagiaan Suami Isteri

Khairil Khusyairi