ADI PUTRA KAHWINI SEMULA ISTERI PERTAMA?

Tahniah diucapkan kepada Datuk Adi Putra dan Isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43 kerana selamat diijabkabulkan pada Khamis. Pelakon KL Gangster ini dilihat telah berkongsi berita gembira ini kepada semua peminatnya menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman instagram beliau.

Berita gembira itu bukan sahaja dikongsi oleh peminat malah, turut dikongsikan oleh anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zaid yang juga merupakan rakan baik pasangan ini. 

Selepas sahaja beberapa keping gambar dimuat naik oleh Adi Putra sendiri dan Nurul dilaman instgram masing-masing, ternyata ramai peminat dan followers beliau tidak henti-henti menghantarkan ucapan tahniah dan berharap agar hubungan mereka berkekalan sampai bila-bila.

Terdahulu, Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Tetapi, mereka telah mengambil seorang anak anagkat yang kini berusia enam tahun.

Apapun, tahniah sekali diucapkan oleh kami di xtra.com.my kepada Adi Putra dan isterinya!

Salma Syahbuddin