Adik Dedah Haneesya Hanee Ada Masalah Scoliosis – “Saya Ingat Saya Dah Lumpuh…”

Selepas memberikan penjelasan mengenai isu gangguan seksual, adik Haneesya Hanee, Syed Hezreek tampil mendedahkan kakaknya itu ada masalah scoliosis.

Pendedahan tersebut dibuat oleh adiknya menerusi ruangan komen video kontroversi Haneesya yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Dalam pada itu, Haneesya juga turut menjelaskan yang dia mula mengesan dirinya menghidap penyakit itu sejak berusia 15 tahun.

“Bila nak naik tangga sakit belakang, nak duduk lama-lama tak boleh, nak baring lama-lama tak boleh, nak berjalan lama-lama pun tak boleh. Tapi seminggu lepas tu sakit tu hilang.

“Ada satu masa tu Haneesya tak boleh bangun daripada tidur. Bangun nangis sebab saya ingat saya dah lumpuh.

“Lepas tu barulah pergi jumpa pakar, buat x-ray semua barulah nampak yang Haneesya ada scoliosis. Tulang belakang Haneesya bengkok atas, bengkok bawah,” kongsinya ketika dihubungi XTRA.

Pelakon itu turut menegaskan kerana itulah dia selalu ‘workout’ bersama adiknya dan dipantau oleh mereka yang profesional dalam mengangkat berat agar postur badannya tidak memudaratkan dirinya.

Haneesya juga sempat meluahkan dirinya kini lebih bersemangat dan tidak serik untuk bersenam bersama adiknya walaupun sering terpalit dengan isu sumbang mahram dan gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Komen Jijik Berbaur Gangguan Seksual Gara-Gara Kongsi Video ‘Workout’ Dengan Adik Sendiri, Haneesya Hanee Akui Penat!

Fatin Nurain