Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah. 

Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di akaun instagramnya di mana dia memuat naik foto mereka sekeluarga di hadapan Masjid Nabawi di Madinah. 

“Alhamdullillah dijemput sekali lagi,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen entri tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, pengikut Adlin rata-rata mendoakan mereka sekeluarga selamat pergi dan pulang dan semoga segala urusan ibadat di tanah suci dipermudahkan Allah SWT. 

Terdahulu, Emelda yang telah berkahwin dengan Adlin selama 10 tahun berkongsi di akaun Instagramnya sisi Adlin yang tidak diketahui ramai apabila dia dirakamkan sedang menonton persembahan peserta Gegar Vaganza, Naqiu sehingga menitiskan air mata. 

Baca: “Nampak Je Keras Tapi…” -Emelda Rosmila Tunjuk Perangai Adlin Yang Orang Tak Tahu

Kredit Foto: Instagram @adlinamanramlie

Del14