[VIDEO] “Tak Adil Untuk Bercinta Atau Sayang Lebih Daripada Seorang” – Aedy Ashraf Dipuji Matang Jawab Soalan Tentang Poligami

Pelakon, Aedy Ashraf mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di TikTok, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Ady Ashraf Rosmadi berkongsi pendapatnya berkaitan poligami.

Dalam video berdurasi 17 saat itu, Aedy menjawab pertanyaan mengenai perkara tersebut dengan menyatakan tidak adil berkongsi kasih dan sayang lebih daripada seorang.

“Secara peribadinya, saya takkan buat sebab saya tahu yang kita takkan boleh dan takkan mampu untuk berlaku adil sebab kita semua manusia biasa.

“Bagi saya, tak adil untuk bercinta atau sayang lebih daripada seorang,” jawabnya ringkas dalam sebuah temu bual.

@dramasangatBaguslah Aedy tak bersetuju dengan Poligami, sebab ia tak nadil jika kita sayang lebih daripada seorang wanita! – @aedyxashraf #LelakiItu #DramaSangat♬ original sound – dramasangat

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan Aedy seorang yang matang apabila memberikan jawapan dengan baik sekali.

Malah, ramai juga memuji sikap pelakon drama Budak Tebing 3 itu sangat ‘gentleman’.

 Pelakon, Aedy Ashraf mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di TikTok, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Ady Ashraf Rosmadi berkongsi pendapatnya berkaitan poligami.

Dalam video berdurasi 17 saat itu, Aedy menjawab pertanyaan mengenai perkara tersebut dengan menyatakan tidak adil berkongsi kasih dan sayang lebih daripada seorang.

“Secara peribadinya, saya takkan buat sebab saya tahu yang kita takkan boleh dan takkan mampu untuk berlaku adil sebab kita semua manusia biasa.

“Bagi saya, tak adil untuk bercinta atau sayang lebih daripada seorang,” jawabnya ringkas dalam sebuah temu bual.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan Aedy seorang yang matang apabila memberikan jawapan dengan baik sekali.

Malah, ramai juga memuji sikap pelakon drama Budak Tebing 3 itu sangat ‘gentleman’.

 

Khairil Khusyairi