Afifah Nasir Kini Tunangan Orang

Pelakon jelita Afifah Nasir telah selamat bertunang dengan lelaki pilihannya, Syed Hariz, semalam.

Hasil tinjauan XTRA, Afifah juga sempat berkongsi momen ketika majlis pertunangan itu berlangsung menerusi Instagram Story (Igs).

Terdahulu, Afifah telah mengumumkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini selepas dilamar oleh Hariz di atas sebuah helikopter mewah.

ARTIKEL BERKAITAN: “How Would You Like To Be Mrs. Hariz?” – Dilamar Kekasih, Afifah Nasir Bakal Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

Selain keluarga terdekat, majlis yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri oleh rakan artis seperti Hafreez Adam, Shaza Bae, Syamim Farid dan Puteri Aishah.

“We are so happy for her. Finally, she found her happily ever after. Alhamdulillah,” kata Puteri Aishah menerusi sebuah perkongsian di Igs.

 

Fatin Nurain