Agaknya Kenapa Marsha Sebak Ketika Pelancaran Lagu Bimbang?

Penyanyi Marsha Milan Londoh, 34, mengejutkan tetamu yang hadir ke majlis pelancaran single terbaru beliau berjudul Bimbang  apabila dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberi ucapan ketika majlis tersebut berlangsung.

Menurut Marsha, beliau sebak apabila lagu tersebut betul-betul memberikan kesan  buat dirinya. Al-maklumlah, setiap bait-bait lirik lagu ini mengingatkan beliau kepada kehidupan sebelum dan selepas memeluk islam.

” Biar saya pendam perkara ini sendirian. Saya jadi lebih sebak dan terkesan dengan liriknya terutama bila ingta kembali kehidupan saya sebelum dan selepas memeluk islam.” Katanya.

Lagu ciptaan Farouk Roman dan ditulis oleh Amylea Azizan ini juga bakal menjadi runut bunyi dalam drama rantaian popular TV3, Nur 2 yang akal menemui peminatnya tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, penghasilan muzik video ini juga sangat mencabar kerana Marsha juga turut terlibat selaku penerbit dalam penghasilan muzik video Bimbang. 

” Memang betul, kos memainkan peranan utama dalam pembikinan muzik video. Dan saya terlibat bukan sahajasebagai penyanyi tetapi sebagai penerbit”Jelasnya.

 

Salma Syahbuddin