Dah Puas Menyanyi Ara Johari Nak Jadi Pelakon Pula

Penyanyi Ara Johari mengaku pernah menerima tawaran berlakon dari beberapa syarikat produksi, sebelum ini.

Namun begitu, penyanyi yang baru tampil dengan single berjudul PAKU ini memberitahu dia masih belum bersedia.

“ Memang ada tetapi mungkin tahun depan kot. Tahun ni belum ready. 

“ Ada yang Ara dah tolak, ada yang masih dalam pertimbangan lagi. Insya Allah, kalau Ara dah ready… kita tengok tahun depan,” katanya kepada xtra.com. 

Dalam pada itu, Ara memaklumkan dia teringin membawakan watak yang tidak menyimpang jauh dari personaliti sebenarnya.

“ Ara tak mahu watak wanita sweet atau memerlukan saya melakonkan wanita sopan.

“ Saya suka watak-watak seperti yang pelakon Scha Al Yahya bawakan sebelum ini, dapat watak macam itu pun best juga,” katanya.

Best jugakan kalau dapat tengok Ara dan Scha dalam sebuah drama yang sama, jadi kakak adik ke? Heh heh…

SGMS Faida