Categories: Trending

Nahas Pesawat JT 610, Juruteknik Kena Pecat

Susulan insiden pesawat Lion Air JT610 yang terhempas kelmarin, Kementerian pengangkutan Indonesia memecat pengarah teknikal penerbangan Lion Air dan beberapa orang juruteknik syarikat berkenaan.

“ Hari ini kami memecat pengarah daripada jawatan dan tugasnya,” kata Budi Karya Sumadi, dengan mengatakan kemalangan itu sebagai puncanya.

Katanya, beberapa orang juruteknik turut dipecat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitahu Reuters, beliau tidak tahu berhubung arahan itu.

Pesawat JT 610 Lion Air terhempas ke dalam laut Tanjung Kerawang beberapa minit selepas berlepas menyebabkan 189 penumpang serta anak kapal terbunuh.- Harian Metro/ Agensi Antara.

SGMS Faida