Ahmad Dhani Dikhabarkan Muflis, Artis Naungan RCM Akhirnya…

Susulan laporan media Indonesia tentang kejatuhan syarikat pengurusan milik komposer dan penyanyi Ahmad Dhani, Republik Cinta Management (RCM), beberapa penyanyi yang bernaung di bawah pengurusan telah mengundurkan diri.

Baru-baru ini, penyanyi Cameria Paramitha atau Mitha The Virgin yang sudah 10 tahun bernaung di bawah pengurusan RCM dilaporkan antara artis yang keluar dari keluarga RCM. 

“Jujurnya saya sendiri sedih khabar yang bertiup. Abang Dhani dilaporkan muflis seterusnya ditinggalkan barisan artisnya. 

“Saya tidak meninggalkan pengurusan begitu sahaja kerana sedar tanpa RCM tidak mungkin karier saya sehingga di tahap ini. 

“Saya juga tidak resign sesuka hati malah memaklumkan kepada Abang Dhani mengenai hasrat saya. Alhamdulillah hubungan kami masih baik malah dia juga okay dengan keinginan saya,” katanya. 

Mitha bersama kumpulan Black Champagne kini berada di bawah syarikat pengurusan Marindo. 

Walaupun tidak lagi bersama RCM, Mitha mengaku masih berhubung baik dengan bekas majikannya itu.

“Saya mengenali Dhani sejak tahun 2006 lagi. Tiada istilah bekas majikan antara kami kerana kami seperti sebuah keluarga besar,” ujarnya. 

Ahmad Dhani kini masih ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur.

Komposer terkenal ini dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter. – Tribun Seleb

SGMS Faida